Saturday, 9 March 2013

KHALID JAAFAR - CALON PARLIMEN HULU SELANGOR


KUALA KUBU BHARU [26-02-2013]: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar akan diletakkan sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Anwar berkata, Khalid adalah calon yang sesuai kerana ketokohan dan setia kepadanya sepanjang beliau berkhidmat di dalam kabinet suatu ketika dahulu. "Saudara Khalid Jaafar ini lama dengan saya. Dia dulu adalah wartawan di Berita Harian. Kemudian jadi Setiausaha Akhbar saya sejak saya jadi menteri. Jadi saya tengok, untuk kita tonjol seorang tokoh disini. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan, supaya dia jadi calon di Parlimen Hulu Selangor," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan berdepan satu lawan satu dengan penyandang kerusi tersebut, P Kamalanathan.

Parlimen Hulu Selangor adalah milik PKR sebelum ditawan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil tahun 2010.

Calon yang menjadi taruhan Barisan Nasional, P. Kamalanathan menang dengan majoriti undi 1,725 menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

sumber : antarapost