MENGENAI KHALID JAAFAR


KHALID BIN JAAFAR


Khalid Bin Jaafar dilahirkan di Melaka pada 23 Oktober 1955. Beliau Merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (dahulunya Institut Teknologi Mara) di bidang Komunikasi Media tahun 1981.

Selepas menamatkan pengajiannya, beliau berkhidmat sebagai pemberita di “National Echo” dan kemudiannya di “Business Times”. Khalid Jaafar merupakan Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahun 1988 sehingga 1998 semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Mentari Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Mentari Malaysia sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatannya di dalam kerajaan.

Khalid Jaafar merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat dan pernah berkhidmat sebagai editor akhbar parti itu, Berita Kedilan, dan Ketua Penerangan parti itu sehingga 2004.

Pada 2002 beliau menjadi penerbit dan editor akhbar Siasah, iaitu sebuah majalah bulanan merangkumi pandangan dan hal ehwal semasa.

Pada tahun 2003 artikel-artikel dan penulisan beliau telah dikumpulkan dan diterbitkan semula dalam sebuah buku berjudul “Tumit Achilles”.

Pada 2004 beliau telah mengambil bahagian dalam “University of Iowa’s International Writing Program.”

Sekarang Khalid Jaafar merupakan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan Penyelaras DUN Batang Kali dan telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.